“Kanak-kanak dengan masalah pendengaran, penglihatan, atau pembelajaran biasanya tidak cemerlang di sekolah berbanding kanak-kanak dengan ketidakupayaan fizikal”
~ World Health Organization ~
PDK Kiu pada asalnya ialah sebuah pra sekolah khas untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran dibawah naungan Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia. Kami menggunakan pendekatan Pertuturan Kiu, iaitu kaedah & strategi pengajaran dan pembelajaran khusus kepada individu yang bermasalah pendengaran. Pertuturan Kiu telah diadaptasikan kepada Bahasa Melayu pada tahun 1984 oleh mendiang Encik Tan Chin Guan yang ketika itu merupakan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia . Kini ,PDK KIU telah mengorak langkah yang lebih mencabar untuk menggunakan kaedah pertuturan ini kepada OKU pembelajaran (autism) mengikut kesesuaian mereka.
~ World Health Organization ~
Adik Zarif mengalami masalah pendengaran, komplikasi jantung & paru-paru sejak kecil lagi.
Setiap bulan adik Zarif perlu mengikuti terapi pertuturan di Hospital Shah Alam. Adik Zarif juga perlu memakai bone vibrator untuk mendengar.
Setiap 3 bulan adik Zarif perlu berulang alik ke hospital di Kelantan untuk rawatan jantung & paru-paru. Adik zarif juga terpaksa memakai tiub & syringe di hidung sebagai saluran ubat, dan ia perlu ditukar setiap 2 minggu.
“Saya harap PDK Kiu dapat bantu Zarif untuk mudahkan dia masa sesi terapi & saya dapat fully focus pada session Zarif, sebab alatan di rumah kami sangat terhad untuk mudahkan dia belajar”
Adik Amni Jannah dilahirkan dengan kekurangan fizikal & juga masalah pendengaran.
Adik Amni terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda kerana kakinya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jika adik Amni hendak ke kelas, dia terpaksa berjalan menggunakan tangan. Adik Amni juga mengalami kesukaran dalam bertutur & berkomunikasi apabila inginkan sesuatu.
Keadaan ini membuatkan adik Amni sukar melakukan aktiviti asas seperti ke tandas, dan bermain seperti rakan-rakan lain, selain sering mengalami tekanan emosi.
Melalui kempen dana PDK Kiu, sumbangan anda akan kami salurkan untuk menyediakan kemudahan kepada pelatih seperti adik Amni iaitu:
Hak Cipta Terpelihara PDK Kiu | Powered by Kaya N Kaya Viral