40 Anak Syurga Rayu Perhatian Dan Bantuan Anda

Latar Belakang

PDK Kiu pada asalnya ialah sebuah pra sekolah khas untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran di bawah naungan Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia. Sistem pembelajaran yang digunakan adalah melalui pendekatan Pertuturan Kiu iaitu suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran khusus kepada individu yang bermasalah pendengaran.

Pertuturan Kiu telah diadaptasikan kepada Bahasa Melayu pada tahun 1984 oleh mendiang En Tan Chin Guan yang ketika itu merupakan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia.

Kini, PDK Kiu telah mengorak langkah yang lebih mencabar dengan menggunakan kaedah pertuturan ini kepada OKU pembelajaran (autism) mengikut kesesuaian mereka.

PDK Kiu telah berjaya mengiktiraf pelatih-pelatih pada setiap tahun bagi kemasukan pelatih ke Tahun 1 sekolah swasta dan sekolah pendidikan khas.

PDK Kiu kini mempunyai seramai 40 orang pelajar berumur 3-12 tahun. Selain kanak-kanak bermasalah pendengaran, PDK Kiu juga menerima kemasukan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, speech delay dan kelembapan pembelajaran.

Gambar Premis & Aktiviti

Visi

Pendidikan awal yang berkualiti demi masa depan pembangunan kanak-kanak OKU.

Misi

Tidak Mereka Minta Lahir Begini, Lahir Tidak Dapat Mendengar Apatah Lagi Berkata-Kata

ADIK RAFAEL

ADIK ANNUR

ADIK AMNI

ADIK AMEERA

Cabaran

Dengan pertambahan pelajar dan kos pengurusan yang mahal, PDK Kiu mengharapkan bantuan dan keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu kami memberikan khidmat komuniti yang terbaik kepada kanak-kanak syurga ini.

Oleh itu, kami memerlukan sebuah bangunan baru untuk menyediakan ruangan pembelajaran dan fasiliti untuk keperluan mereka.

SASARAN KUTIPAN
RM 0
DANA TERKUMPUL
RM 0
DANA MASIH DIPERLUKAN
RM 0

Dana ini akan digunakan untuk:

Kerana sumbangan anda, mereka dapat belajar seperti kanak-kanak lain.

Salurkan sumbangan anda melalui:

5644 0962 3842

Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Kiu

Sumbangan PDK KIU

RM30.00RM30,000.00

SKU: N/A Category: