PDK Kiu pada asalnya ialah sebuah pra sekolah khas untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran di bawah naungan Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia. Sistem pembelajaran yang digunakan adalah melalui pendekatan Pertuturan Kiu iaitu suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran khusus kepada individu yang bermasalah pendengaran.
Pertuturan Kiu telah diadaptasikan kepada Bahasa Melayu pada tahun 1984 oleh mendiang En Tan Chin Guan yang ketika itu merupakan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia.
Kini, PDK Kiu telah mengorak langkah yang lebih mencabar dengan menggunakan kaedah pertuturan ini kepada OKU pembelajaran (autism) mengikut kesesuaian mereka.
PDK Kiu telah berjaya mengiktiraf pelatih-pelatih pada setiap tahun bagi kemasukan pelatih ke Tahun 1 sekolah swasta dan sekolah pendidikan khas.
PDK Kiu kini mempunyai seramai 40 orang pelajar berumur 3-12 tahun. Selain kanak-kanak bermasalah pendengaran, PDK Kiu juga menerima kemasukan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, speech delay dan kelembapan pembelajaran.
Gambar Premis & Aktiviti
Visi
Pendidikan awal yang berkualiti demi masa depan pembangunan kanak-kanak OKU.
Misi
Membantu kanak-kanak OKU dengan memberi pendidikan intervensi awal melalui program pemulihan serta membantu ibu bapa dalam persediaan anak ke sekolah rendah.
Menyediakan perkhidmatan kepelbagaian untuk kanak-kanak OKU dengan persekitaran pembelajaran kondusif ke arah pendidikan yang lebih cemerlang serta berkualiti.
Menggalakkan serta memperkasakan khidmat sukarelawan serta berkolaborasi dengan ibu bapa, komuniti dan NGO dalam penglibatan program PDK supaya bergerak aktif ke arah kecemerlangan pertubuhan.
Tidak Mereka Minta Lahir Begini, Lahir Tidak Dapat Mendengar Apatah Lagi Berkata-Kata
ADIK RAFAEL
Pesakit jantung kronik
Pekak sebelah pendengaran
Speech delay
Autisme
ADIK ANNUR
Ekzema kronik sehingga berdarah-darah
Tantrum ekstrim sehingga mencederakan diri
Masalah pendengaran
Autisme
ADIK AMNI
Mempunyai masalah fizikal kaki yang tidak berfungsi sempurna
Terpaksa bergerak menggunakan tangannya dalam keadaan mengesot
Masalah pendengaran
Masalah pertuturan
ADIK AMEERA
Cerebral palsy
Kesukaran dalam mengawal postur dan keseimbangan badan
Dengan pertambahan pelajar dan kos pengurusan yang mahal, PDK Kiu mengharapkan bantuan dan keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu kami memberikan khidmat komuniti yang terbaik kepada kanak-kanak syurga ini.
Oleh itu, kami memerlukan sebuah bangunan baru untuk menyediakan ruangan pembelajaran dan fasiliti untuk keperluan mereka.
SASARAN KUTIPAN
RM0
DANA TERKUMPUL
RM0
DANA MASIH DIPERLUKAN
RM0
Dana ini akan digunakan untuk:
Membeli bangunan mesra OKU yang boleh memuatkan sehingga 70 orang pelatih
Menyediakan peralatan dan keperluan pembelajaran OKU
Menyediakan pengangkutan untuk aktiviti dan pelatih yang bermasalah fizikal